baru-baru ini admin sempat pergi berjalan-jalan di sekitar bandar kuala lumpur, daripda pemerhatian admin, bandar kuala lumpur semakin pesat membangun, dengan pembinaan banyak perumahan sama ada kos tinggi dan rendah, pembinaan pencakar langit yang tinggi-tinggi belaka, admin sempat melalui sekitar kawasan di petaling, dan admin terlihat sebuah pembinaan yang sedang rancak berlaku..admin ada terdengar tentang pembinaan sebuah menara yang bakal memintas ketinggian menara berkembar petronas...dan ya ternyata benar khabar yang admin dapat..pembinaan tersebut ialah pembinaan kl118 tower atapun dikenali sebagai MERDEKA PNB 118. Nak tahu lebih lanjut? mari membaca entry amin..semoga bermanfaat..


Kenali KL118: Bangunan Tertinggi Malaysia Menggantikan KLCC




jom kenali kl118 bangunan tertinggi malaysia menggantikan klcc


Dalam masa 2 tahun akan datang, bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC) bukan lagi bangunan tertinggi di Malaysia sementelah sebuah menara baru yang gah diberi nama KL118 dijangka siap dibina menjelang tahun 2020. Bagi yang belum mengetahui, KL118 yang juga dipanggil Merdeka PNB 118 atau nama asalnya, Warisan Merdeka merupakan sebuah bangunan pencakar langit terbaru negara kita dengan 118 tingkat dan berketinggian 682 meter (2238 kaki) yang masih lagi dalam proses pembinaan di Kuala Lumpur.

Latar belakang

KL118 dimiliki dan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku ketua projek pembangunan megastruktur tempatan yang menelan belanja kira-kira RM5 bilion. Setelah siap iaitu dijangkakan pada tahun 2019, KL118 bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia menggantikan KLCC dan bangunan ketiga tertingggi di dunia pada ketika itu. Bukan itu sahaja, KL118 juga berkeluasan 400,000 meter persegi (4,300,000 kaki persegi) yang terdiri daripada ruang kediaman, hotel dan tempat komersial. Ini sekaligus mengalahkan KLCC yang berketinggian 451.9 meter dan mempunyai 88 tingkat.
KL118 bakal mempunyai 100 tingkat yang ditawarkan untuk sewaan yang terdiri dari 80 tingkat kawasan pejabat, 12 tingkat bilik hotel, 5 tingkat penginapan hotel dan pusat perniagaan runcit. Manakala kawasan lain termasuk lif, kemudahan rekreasi dan penyelenggaraan serta kawasan parkir yang mampu menampung sehingga 5000 buah kereta. Selain itu, 60 daripada 80 tingkat untuk kawasan pejabat akan dikhususkan kepada PNB selaku pembangun projek dan anak syarikat.

Lokasi

KL118 dibina di Petaling Hill, sebuah bukit berketumpatan rendah menghala tenggara bandar lama Kuala Lumpur yang cukup bersejarah iaitu lokasi yang sama dengan Taman Merdeka yang kemudiannya dibuka semula sebagai sebuah kawasan letak kereta terbuka. Tapak projek ini bertempat sekitar beberapa bangunan mercu tanda bersejarah dengan sedikit pembangunan moden iaitu kawasan sukan era kemerdekaan seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Staidum Chin Woo; kawasan sekolah pra zaman peperangan seperti Methodist Boys' School dan Victoria Institution; serta projek Plaza Rakyat yang terbengkalai di seluruh LRT Laluan Ampang. Pembangunan KL118 apabila berjaya disiapkan akan mempunyai akses ke MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang yang baru dibina yang digali dibawah hujung selatan bandar lama Kuala Lumpur.

Reka bentuk

KL118 dibina untuk mewujudkan sebuah lagi mercu tanda baru Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia. Bahkan, rekaannya menyerupai bentuk tangan kanan Tunku Abdul Rahman yang terbuka sewaktu pengumuman Merdeka sebagai tanda simbol keamanan bagi negara kita yang bertungkus-lumus untuk mengecapi kemerdekaan. Secara asasnya, KL118 bakal menempatkan sebuah pusat beli-belah, pejabat serta kawasan kediaman.

Perkembangan

Kerja-kerja pencerucukan dan pembinaan asas untuk projek KL118 telah diberikan kepada Pintaras Geotechnics Sdn Bhd. PNB juga menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group dan Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini menghantar bidaan dan mengemukakan tawaran kejututeraan, pemerolehan dan pembinaan mereka pada 28 Januari 2015.
Sementara itu, KONE yang merupakan sebuah kumpulan dari Finland membekalkan sekitar 87 lif dan eskalator bagi projek ini. Pada 23 November 2015, PNB mengumumkan sebuah kontrak bernilai RM3.4 bilion yang dianugerahkan kepada usahasama South Korea’s Samsung C&T dan UEM Group Bhd.

Tapak pembinaan

Sehingga bulan September 2016, kerja menanam cerucuk KL118 telah siap dilakukan manakala kerja-kerja atas tanah baru hendak bermula. Pada asalnya, KL118 dirancang untuk menjadi sedikit tinggi berbanding Taipei 101 yang mempunyai ketinggian 509 meter. Malah, terdapat juga spekulasi iaitu hanya puncak menara itu dilanjutkan tanpa menambah jumlah lanjut aras kepada struktur jumlah tingkat seperti yang dirancang.
jom kenali kl118 bangunan tertinggi malaysia menggantikan klcc 4 1h617
jom kenali kl118 bangunan tertinggi malaysia menggantikan klcc 5 1h639

jom kenali kl118 bangunan tertinggi malaysia menggantikan klcc 3


Comments

Popular posts from this blog

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP

pengenalan kepada ikhtiar hidup di dalam hutan.