CARA BERMAIN PERMAINAN HOKI & UNDANG-UNDANG DALAM PERMAINAN HOKI

assalamualaikum..disini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang permainan hoki. Hoki ini merupakan permainan yang saya minat sejak daripada bangku sekolah lagi, saya terlibat dengan sukan hoki ini sejak dari tingkatan satu lagi. Hoki merupakan sukan yang sangat memerlukan stamina yang tinggi, oleh itu, setiap pemain perlu mantap stamina. Sebenarnya permainan hoki ini sangat seronok dan tidaklah berbahaya sangat jika kita tahu peraturan dan cara bermain dengan betul...oleh itu saya senaraikan cara bermain dan undang-undang dalam permainan hoki ini. semoga bermanfaat....

Image result for field hockey

CARA BERMAIN DAN UNDANG-UNDANG HOKI

Setiap guru pelatih perlu mengetahui cara bermain dan peraturan asas yang betul supaya mendapat kepuasan dan keseronokan ketika didedahkan dengan permainan ini.

3.1       PERATURAN ASAS
Setiap permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri.  Demikianlah juga sukan hoki.  Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan ialah:
i)     Komposisi pasukan
-       Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap.
-       Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli.
-       Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa.
-       Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain.
-       Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan.



ii)    Mengganti pemain
-       Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan.
-       Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang diambil.
-       Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum keluar.
-       Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki padang.
-       Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain.  Namun, permainan akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan penjaga gol.
-       Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.
iii)   Ketua pasukan
-       Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam kalangan mereka.
-       Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten.
-       Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian pemain dibuat dengan betul.

iv)   Pakaian dan peralatan pemain
-       Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan lawan.
-       Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan lawan.
-       Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke.
-       Lain-lain, rujuk 2.0.
v)    Perlawanan dan keputusannya
-       Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa.
-       Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit.  Masa rehat tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.
-       Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang.
-       Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri.
vi)   Permulaan permainan
-       Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak diserang.
-       Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar.
-       Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
-       Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan.
-       Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat hantaran tengah.
-       Ciri-ciri hantaran tengah:
-  dilakukan di tengah padang
- bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut.
- apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli.
- selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.
vii) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan
-       Bermain bola dengan back stick
-       Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan.
-       Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau mengangkat tinggi kayu hoki.
-       Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan.
-       Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk menjaringkan gol.
-       Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu.
-       Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang sedang menerima bola tinggi.  Namun pemain berkenaan boleh menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di atas padang.
-       Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka menahan gol.
-       Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut atau penalti.
-       Membuang masa dengan sengaja.
-       Menghalang pemain.
-       Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan mana-mana bahagian badan.
-       Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola.
-       Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain atau pengadil.
-       Penjaga gol baring di atas bola.
-       Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan.
-       Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki atau mana-mana bahagian badan.

Comments

Popular posts from this blog

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP

pengenalan kepada ikhtiar hidup di dalam hutan.