PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP



Sebagai ahli kumpulan high risk adventure park (HRAT) kami telah di ajar cara-cara dan peraturan ketika hendak memasuki hutan/memulakan aktiviti, jadi, sebelum berangkat ke dalam hutan untuk melakukan aktiviti peraturan perlu dipatuhi dan hendaklah mempersiapkan alatan yang hendak dibawa ke dalam hutan. berikut saya senaraikan peraturan dan beberapa barangan penting yang perlu di bawa ketika hendak memulakan aktiviti di dalam hutan..semoga bermanfaat :)..




PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP
Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-

1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.

a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.

b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.

c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.

2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.

3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.

4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:-

a. Perubatan:-
i. Panadol untuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.

b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-
i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam

v. Pil-pil vitamin

Comments

Popular posts from this blog

pengenalan kepada ikhtiar hidup di dalam hutan.