TEMPAT MENARIK DI SABAH


hari ini saya akan memperkenalkan tempat-tempat menarik di sabah, khusus buat mereka yang belumpernah ke sabah ataupun sedang merancang untuk bercuti ke sabah, berikut saya senaraikan beberapa tempat menarik bagi anda sebagai rujukan... selamat membaca..

1. Gunung Kinabalu 


Bagi mereka yang ke KK, pastikan anda ke Gunung Kinabalu yang terletak 50km dari pusat Bandar.
Secara idealnya, anda perlukan 2Hari 1Malam untuk mendaki Gunung Kinabalu dengan mengambil pakej yang disediakan. Pastikan segala kelengkapan mencukupi sebelum ke sini.
Jika anda ke sini bersama keluarga, pastikan si kecil berumur 10 tahun ke atas dan bagi orang tua pula; mereka hendaklah berada di dalam keadaan yang sihat dan mempunyai stamina untuk menghabiskan dakian.
Tetapi ketika anda berada di puncak, saya percaya segala penat lelah akan hilang dengan pemandangan yang cantik dan udara yang segar.


 2.pulau manukan



Air laut tenang di Pulau Manukan menjadikan ia selamat untuk sesiapa sahaja termasuklah kanak-kanak. Sebagai sebuah pulau ke-2 yang terbesar di Taman Marin Tunku Abdul Rahman, ia menjadi destinasi pilihan ramai pelancong, tapi, anda jangan risau, ada ruang untuk semua orang mendapatkan percutian penuh ketenangan. Sebagai sebuah pulau yang berhutan, anda dapat bersantai di bawah rimbunan pokok sambil menikmati udara segar Pulau Manukan setelah puas berenang.
Aktiviti yang terkenal di Pulau Manukan adalah snorkelling. Lokasi terbaik untuk anda melakukan aktiviti ini adalah kawasan laut yang dalam sedikit berdekatan dengan jeti dan jauh dari kawasan pantai yang dipenuhi pelawat. Di sini terdapat taman batu karang yang sangat indah. Bagi anda yang tak pandai berenang, boleh menggunakan jaket keselamatan yang disediakan.


3.pulau layang-layang
Pulau Layang Layang
Pulau Layang-Layang ini terletak agak jauh dari pesisir Sabah iaitu 300 km. Kawasan di sekeliling pulau ini sangat jernih dan tidak tercemar sedikit pun kerana kedudukannya yang agak jauh dari sebarang gangguan dan pembangunan. Hati-hati, air di sini turut menjadi tempat jerung berkeliaran. Untuk anda yang suka menyelam, pasti anda berasa seronok dengan panorama laut yang ditawarkan di sini, begitu indah sekali dengan bermacam spesis hidupan yang penuh warna-warni yang dapat dilihat dengan jelas.

4.weston wetland park

Weston Wetland Park

Weston Wetland Park menawarkan pemandangan indah dengan haiwan-haiwan yang tenang di habitat masing-masing. Pasti anak-anak anda seronok dapat melihat dengan lebih dekat monyet-monyet belanda yang bergerak bebas di sekeliling, dari pokok ke pokok. Apabila waktu matahari terbenam pula, anda dapat menikmati pemandangan terbaik dari sungai di taman ini.
Tiba sahaja waktu malam, anda dan keluarga boleh menaiki bot untuk melihat banyak kunang-kunang yang memancarkan cahaya seperti lampu lip lap, satu pemandangan yang mengujakan, membuatkan anda ingin menyimpan memori ini dalam botol kaca, tapi, malangnya, memori tidak boleh disimpan sebegitu rupa. Yang penting, kekal jelas dalam memori.
Alamat: Weston Wetland Park, 89800 Beaufort, Sabah

5. balung river eco park


Balung River Eco Park

Taman ini pernah memenangi anugerah Tarikan Alam Semulajadi Terbaik pada tahun 2003, apa lagi cara terbaik untuk menghabiskan percutian anda sekeluarga kalau bukan di taman indah ini. Bukan setakat cantik, malahan, banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini untuk berseronok bersama keluarga seperti berenang, merentas hutan, memancing, memerhati burung, perkhemahan, berkelah, campfire dan lain-lain lagi.
Untuk penginapan yang selesa, anda boleh menetap di chalet yang dibina dengan menggunakan kayu balak dan batuan sungai untuk memberikan pengalaman seperti tinggal di kawasan desa, agak realistik suasana desa di sini. Lebih-lebih lagi, anda dapat melihat buah naga dan macam-macam lagi pokok buah lain yang tumbuh segar di kawasan sekitar. Tiada sebab untuk tidak ke sini bukan?
Harga: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2
Alamat: Balung River Estate, Sabah

6. maliau basin, kalabakan sabah

Maliau Basin

Maliau Basin Conservation Area adalah kawasan hutan yang menyeronokkan untuk aktiviti memerhati burung dan merentas hutan. Untuk aktiviti merentas hutan, ia boleh dilakukan pada malam hari untuk melihat haiwan liar yang bebas di habitat mereka.
Kalau anda betul-betul serius ingin menerokai hutan ini, jangan lupa untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai, penting juga untuk memakai stokin yang dapat menyelamatkan anda daripada pacat, dan dinasihatkan untuk anda memakai penolak serangga ataupun insect repellent pada kulit. Menerokai hutan ini memang mencabar dan tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak dan untuk orang yang kurang stamina.
Alamat: Maliau Basin Conservation Area, Sabah

7.desa cattle dairy farm

Desa Cattle Dairy Farm

digelar sebagai New Zealand Kecil negeri Sabah kerana panorama sekelilingnya yang kelihatan seperti di negara orang Maori itu. Pemandangan ladang lembu ini sangat menyejukkan mata dengan kehijauan rumputnya yang seluas pandangan mata. Bukan itu sahaja, bukit-bukau di sekeliling ladang ini juga menjadikan pemandangan 100 kali lebih memukau sesiapa sahaja yang datang. Kalau dah datang ke sini, jangan lupa untuk membeli produk-produk tenusu hasil dari ladang ini, segar dan sedap!
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)
Harga: Dewasa MyKad: RM5 | Kanak-kanak MyKad: RM4
Alamat: Desa Cattle Dairy Farm, 89308 Kundasang, Sabah

8.monsopiad culture village

Image result for monsopiad village

Pada suatu ketika dahulu, terdapat sekumpulan lanun datang dan cuba merompak daripada kawasan perkampungan suku kaum Monsopiad, bertindak dengan pantas, ketua kampung suku kaum itu menangkap dan membunuh lanun-lanun itu, kepala mereka dijadikan hiasan pada pagar di sekeliling kampung untuk menakutkan lanun yang lain. Kini, anda dapat melihat tengkorak-tengkorak ini digantung pada siling rumah panjang di kampung warisan Monsopiad.
Di samping tengkorak sebagai antara tarikan paling top di sini, anda juga dapat melihat kehidupan sebenar masyarakat Monsopiad, seperti makanan tradisional mereka, kepercayaan, tarian dan pakaian mereka. Lagi satu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba meniup sumpit yang menjadi senjata utama masyarakat ini dalam menyerang musuh. Mungkin anda pahlawan yang mereka cari selama ini.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
Harga: Dewasa MyKad: RM45, Biasa: RM55 | Kanak-kanak (7 – 12 Tahun) MyKad: RM25, Biasa: RM25
Alamat: Kampung Kuai Kandazon, Penampang, 89507 Kota Kinabalu, Sabah

9.tambunan rafflesia reserve

Image result for tambunan rafflesia reserve

Hanyalah 1 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, anda akan sampai ke Tambunan Rafflesia Reserve yang menawarkan aktiviti jungle trekking untuk mencari bunga rafflesia yang merupakan bunga yang paling unik, paling pelik dan paling besar di dunia ini, banyak sebab untuk anda melihat bunga Rafflesia ini di depan mata sendiri.
Namun begitu, bersedialah untuk menghidu bau yang agak kurang enak sebaik mendekati bunga ini. Nak tahu kenapa ia bunga tapi busuk? Bunga Rafflesia ini mengeluarkan bau busuk untuk menarik perhatian lalat dan serangga untuk menuju ke arahnya dan pap! dimakan begitu sahaja. Itulah kisahnya mengapa bunga ini pelik. Walau bagaimanapun, bunga ini hanya berkembang beberapa hari sahaja, good luck!
Waktu Operasi: 8.00am – 3.00pm
Harga: RM5
Alamat: Tambunan Raflesia Reserve, 500, 89650 Tambunan, Sabah

Comments

Popular posts from this blog

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP

pengenalan kepada ikhtiar hidup di dalam hutan.