pengenalan kepada ikhtiar hidup di dalam hutan.
Ikhtiar
Hidup Dalam Hutan
PENGENALAN
1.
Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha
untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan
di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.
2.
Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-
a.
Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b.
Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c.
Terselamat dalam nahas udara atau laut.
3.
Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan
untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk
kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat
demikian.
4.
Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus
dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu
ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.
DIFINISI
Berikhtiar
hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan
ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.
OBJEKTIF
Kognitif
·
Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut,
di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
·
Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan,
tempat perlindungan dan punca-punca air.
·
Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani
ikhtiar hidup.
Psikomotor
·
Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya.
·
Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk
terus hidup.
·
Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang
kurang baik.
Afektif
·
Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
·
Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.
·
Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati
keindahannya.
TEKANAN
KEADAAN IKHTIAR HIDUP
Dalam
keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau
kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat
mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut.
Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:-
a.
Kelaparan
b.
Kehausan
c.
Kesakitan
d.
Kesejukan dan kepanasan
e.
Keletihan
f.
Kesepian dan ketakutan
setakat ini saja perkongsian saya, sebab saya nak tido esok kelas, inn shaa allah saya sambung dengan peraturan ikhtiar hidup jika berkelapangan, assalamualaikum...
Comments
Post a Comment