AKINABALU sejarah tanah airku

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095meter dari aras laut


Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:

Puncak Low's (Low's Peak) (4095.2m)
Puncak St. John's (St. John's Peak) (4090.7m)
Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)          

Lagenda

Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. KaumKadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.

Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat.
 Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.~dipetik dari wikipidea

Di Sabah juga mempunyai cerita-cerita mitos yang menarik bagi saya iaitu seperti lagenda Tambuakar..

Apakah Tambuakar, mengikut penceritaan mulut kemulut peribumi Sabah ianya adalah seekor raksasa sungai yang besar serupa raksasa Loch Ness, berwarna hitam dan mempunyai leher yang panjang.. cerita mengenainya sudah lama tersebar terutama selepas pembukaan tapak2 baru akibat penjajahan Brunei ke atas pantai barat Sabah, yang mana ramai peribumi dan orang brunei mendiami persisir pantai dan sungai untuk bekalan air.. mengkut penceritaan dari mulut ke mulut, pelbagai bentuk di dakwa selain seperti Loch Ness yang mempunyai kaki seupa sirip, ada mengatakan ia seperti seekor ular besar yang menyerupai naga..

lukisan lisan daripada orang-orang dusun.

Versi lain pula oleh orang bangsa Dusun di Sabah, mereka percaya yang Tambuakar ni berasal dari sejenis ikan belut iaitu raja ikan Sinsilog.. ada mengatakan ianya adalah raja segala hidupan di sungai menyebabkan ia perlu hidup beratus taun dan ada mengatakan beribu taun untuk menjaga kerajaannya dan ia terus membesar dan membesar sehingga mencapai size seperti seekor naga..

Tambuakar ni tidak diketahui mana asal usulnya sebab semasa penempatan baru dibuka memang dan kecoh mengenai Tambuakar ni dari mulut2 penduduk pribumi disitu masa tu.. dari penceritaan dan pengalaman orang2 tua, ada 2 bentuk digambarkan mengenai tambuakar ni :

1. Bentuk raksasa Loch Ness - berleher panjang berbadan besar dan mempunyai 4 kaki serupa sirip dan mempunyai ekor sepanjang kepalanya, tapi ada saksi pula mengatakan Tambuakar ni mempunyai 2 kepala dan dibelakangnya bukan lah ekor..

2. Bentuk naga / ular - ada saksi yang mengatakan ia seperti seekor ular tedung yang mendongakkan / mendirikan kepalanya ditengah2 sungai, mereka mendakwa x pernah melihat badannya dah hanya melihat kepalanya yang besar dan sedikit kembang..

Banyak cerita2 direkodkan sepanjang tahun 30-60an sebab masa tu ramai mula membuat rumah disekitar sungai Papar, sungai Bongawan dan sungai Beaufort.. tempat paling famous orang ramai menceritakan mengenai munculnya Tambuakar ni adalah di persisir sungai Kg Surati, Papar, kampung ni betul2 di tepi sungai.. tapi mengenai Tambuakar ni berbentuk ular atau naga lagi famous berbanding bentuknya seakan Loch Ness, 

Bila ditanya mengapa sekarang ni tiada penemuan2 terbaru mengenai kemunculannya, ramai mengatakan yang ia sudah mati dan x kurang mengatakan ia masih muncul sesekali tapi disebabkan pengangkutan air dah x digunakan lagi maka penceritaan mengenainya pun jarang didengari, tapi sesekali ada juga cerita2 mengainya melalui kaki2 pancing dan nelayan disekitar sungai tersebut, alasan diorang x nak ceritakan sebab takut dikatakan gila dan sekarang ni ada kamera dan hp yang boleh snap gambar makhluk ni..

Ramai percaya haiwan lagenda ni still hidup sampai ke hari ni disebabkan penemuan lobang2 besar di bawah tanah sepanjang sungai2 tersebut semasa kerja mencucuk cerucuk membina jambatan masa membaiki jambatan Papar yang roboh pada taun 2000 dulu selain di tempat2 lain sepanjang sungai tersebut.. dikatakan ianya mengunakan kepalanya untuk membina lubang di bawah sungai tersebut dan membina laluannya sendiri di bawah sungai untuk keselamatannya, tapi ada gak versi lain mengatakan ia ada 4 tangan yang digunakan untuk menggorek tanah untuk membina laluannya.


moga memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang sabah , kalau nak tahu lebih lanjut datang lake sabah, pasti anda akan teruja, ARAMAITI, BULI BAH KALAU KAU TUH JOO !!

Comments

Popular posts from this blog

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP

pengenalan kepada ikhtiar hidup di dalam hutan.