HARI PERTAMA AKU DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

               HARI PERTAMA AKU DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA    





               Alhamdulillah segala puji-pujian bagi allah , tuhan yang mentadbir seluruh alam semesta ,kerana atas limpah dan kurnianya , dapat saya memulakan langkah pertama yakni tugasan saya dalam kos komunikasi dan bahasa moden iaitu kerja kursus penglahiran bakat kreatif (BBK3410) . Dimana saya dan rakan-rakan sekelas saya diwajibkan membuat satu blog dan menulis "entry/cerita" mengenai apa sahaja tajuk yang bersesuian.Oleh itu,saya telah memilih untuk menceritakan serba sedikit pengalaman saya ketika dapat peluang melanjutkan pengajian ke universiti putra malaysia (UPM).

               Tanpa berlengah lagi izinkan saya berkongsi pengalaman saya. Terlebih dahulu assalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca blog saya. izinkan saya memperkenalkan diri, nama diberi Mozain bin Abbas, pelajar tahun satu kos komunikasi daripada fakulti bahasa moden dan komunikasi , universiti putra malaysia (UPM) ,saya berasal daripada negeri dibawa bayu iaitu kunak sabah dan berumur 21 tahun , merupakan lepasan sijil tinggi pelajaran malaysia (STPM) tahun 2015 , pernah gagal dalam percubaan upu kali pertama ,dan saya tidak berputus asa , saya mencuba untuk kali kedua untuk sesi kemasukan 2017/2018, alhamdulillah saya sangat bertuah dan berbesar hati kerana permohonan saya telah diterima oleh pihak universiti putra malaysia, maka bermula lah perjalanan hidup saya sebagai seorang anak perantau.

                Pada tarikh 6 september 2017 iaitu hari pendaftaran adalah hari pertama saya menjejakkan kaki ke universiti putra malaysia, keadaan sangat riuh dan sibuk dengan deretan kenderaan yang lalu lalang , deretan kenderaan itu adalah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke universiti ini . Sebenarnya saya rasa agak cemburu terhadap rakan-rakan yang lain kerana mereka sangat beruntung kerana diiringi dan dihantar oleh ibu bapa mereka sendiri ke universiti jika di bandingkan dengan saya , saya hanyalah diiringi oleh 3 orang sahabat saya sahaja kerana kekangan masa dan wang yang dihadapi oleh keluarga saya, maka saya memberanikan diri untuk pergi bersendirian, setelah sampai di lapangan terbang (KLIA2) saya dijemput oleh 3 orang sahabat saya juga berasal dari sabah yang menetap di kuala lumpur.

                 Setelah selesai sesi pendaftaran di kolej 12 serumpun, maka orentasi pun bermula, sedih rasanya terpaksa berpisah dengan rakan-rakan sekampung yang sanggup menghantar aku ke universiti, tapi apakan daya, aku harus meneruskan pelajaran ku demi masa depan yang baik kelak dan demi keluarga ku di kampung halaman, aku harus pergi, aku mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan ku.Tepat pukul 4.00 petang, kami pelajar baharu universiti putra malaysia diarah oleh fasilitator program untuk berkumpul di dewan putra untuk memulakan orentasi, bermula slot pertama agak bosan, tapi apabila tiba slot koko (kokurikulum) aku jadi teruja, sebab aku nak saksikan badan-badan beruniform mempromosikan unit masing-masing. Dalam banyak-banyak unit beruniform yang mempromosikan unit mereka, aku tertarik dengan unit beruniform kor suksis upm, (kesukarelawan polis) aku pun mengisi borang permohonan ku untuk menyertai suksis dan alhamdulillah aku terpilih, selesai orentasi sekitar pukul 12.00 tengah malam, aku di panggil untuk mengemas barang dan berpindah ke kolej tun perak (KTP) sebab kolej berkenaan adalah kolej khas bagi pelajar yang menyertai skuad SUKSIS, setibanya aku di kolej tun perak, aku diberi kunci bilik dan diarah berkumpul di dewan kolegiat.

                 Di dewan kami diberi taklimat ringkas berkenaan asrama, setelah itu kami di arah naik kebilik untuk berehat, no bilik aku adalah aras 3-304, aku sebilik dengan seorang budak pahang yang bernama azmir bin abu bakar (black) aku berkenal-kenalan dengan beliau, beliau seorang yang peramah. keesokan hari nya kami berorentasi, orentasi atau minggu suai kenal adalah untuk pelajar-pelajar baharu diperkenalkan dengan kolej dan barisan pemimpin. setelah selesai orentasi, aku mendapat khabar berita yang baik, aku telah terpilih dan lulus ujian fizikal untuk menyertai suksis, maka bermula la lembaran hidup aku sebgai seorang mahasiswa dan skuad suksis.
             





               

Comments

Popular posts from this blog

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP

pengenalan kepada ikhtiar hidup di dalam hutan.