Posts

Showing posts from November, 2017

TOMBIRUO BERJAYA ATAU GAGAL ? bagi pendapat saya.. selamat membaca

Pendapat saya tentang filem TOMBIRUO ini sebagai anak jati sabah, sebenarnya saya berbangga kerana pemaparan adat dan tradisi suku kaum dusun disabah di bawa ke layar perak , akan tetapi saya hendak mengulas sedikit berkaitan filem ini....semoga bermanfaat. Tujuan saya mengulas ini bukanlah untuk mengatakan filem ini tidak berkualiti, ia tetap berkualiti tetapi ada sedikit sahaja perlakuan yang berbeza.....selamat membaca. Tombiruo: Gagal Mencitrakan Sosiobudaya Pribumi Sabah? Saya menonton Tombiruo minggu lepas. Sebagai filem produk tempatan, saya rasa ada aspek tertentu yang boleh dibanggakan. Sinematografi memang ada kelas. Berjaya menampilkan karisma Sabah sebagai syurga alam semulajadi. Adegan aksi juga amat memikat. Pertarungan fizikal diberi tata-gerak yang rapi, serta dirakam dari sudut lensa yang tepat. Sungguh dramatik, lagi menguja perasaan. Apatah lagi dengan ekspresi runut bunyi yang begitu berkesan. Elemen teknikal filem ini memang wajar dipuji. Susah ...

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP

Sebagai ahli kumpulan high risk adventure park (HRAT) kami telah di ajar cara-cara dan peraturan ketika hendak memasuki hutan/memulakan aktiviti, jadi, sebelum berangkat ke dalam hutan untuk melakukan aktiviti peraturan perlu dipatuhi dan hendaklah mempersiapkan alatan yang hendak dibawa ke dalam hutan. berikut saya senaraikan peraturan dan beberapa barangan penting yang perlu di bawa ketika hendak memulakan aktiviti di dalam hutan..semoga bermanfaat :).. PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:- 1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan ...

pengenalan kepada ikhtiar hidup di dalam hutan.

Ikhtiar Hidup Dalam Hutan PENGENALAN 1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. 2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:- a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan. b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual. c. Terselamat dalam nahas udara atau laut. 3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian. 4. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan. DIFINISI Berikhtiar hidu...

AKINABALU sejarah tanah airku

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095meter dari aras laut Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia. Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu: Puncak Low's (Low's Peak) (4095.2m) Puncak St. John's (St. John's Peak) (4090.7m) Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m) Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak) Puncak Raja Edward (King Edward Peak) Puncak Tel...

HARI PERTAMA AKU DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

               HARI PERTAMA AKU DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA                    Alhamdulillah segala puji-pujian bagi allah , tuhan yang mentadbir seluruh alam semesta ,kerana atas limpah dan kurnianya , dapat saya memulakan langkah pertama yakni tugasan saya dalam kos komunikasi dan bahasa moden iaitu kerja kursus penglahiran bakat kreatif (BBK3410) . Dimana saya dan rakan-rakan sekelas saya diwajibkan membuat satu blog dan menulis "entry/cerita" mengenai apa sahaja tajuk yang bersesuian.Oleh itu,saya telah memilih untuk menceritakan serba sedikit pengalaman saya ketika dapat peluang melanjutkan pengajian ke universiti putra malaysia (UPM).                Tanpa berlengah lagi izinkan saya berkongsi pengalaman saya. Terlebih dahulu assalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca blog saya. izinkan saya memperkenalkan diri, nama diberi Mozain bin Abb...